HFM

HFM
Petikan ini saya perolehi dari email yang dikirim oleh seorang teman dan saya rasa ianya wajar disalin dan diletakkan didalam blog ini sebagai satu penghormatan buat ibu saya dan semua ibu ibu di mana jua mereka berada.

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....MAK
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....MAK
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....MAK ku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....MAK
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu..MAK ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon MAK
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk MAK


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk MAK?
MAK bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau MAK sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan MAK nya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah MAK nya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin MAK nya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis MAK nya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis MAK nya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga MAK nya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH MAK nya......
Labels: 0 comments | | edit post
HFM
Sejak akhir akhir ini kita sering mendengar dan membaca didada akhbar maupun dalam media elektronik akan kesan kegawatan ekonomi. Malahan ada diantara paparan itu melibatkan berlakunya ketidak adilan dalam perlaksanaan sehingga warga tempatan dianak tirikan. Sebagai contoh dengan apa yang berlaku di Utara semenanjung dimana kalangan warga tempatan diberhentikan dan digantikan dengan tenaga kerja asing. Perbuatan majikan seumpama ini jelas menunjukkan ketidak perihatinan dan ingkar terhadap arahan dari pihak berwajib dimana hak hak dan keutamaan rakyat diketepikan.

Dimana silapnya? Mungkin dalam renungan terhadap perkara ini besar kemungkinan terdapat kelonggaran dalam pemantauan dan tindakan. Ruang yang ada memudahkan ianya dimanipulasi oleh pihak pihak tersebut. Bukan sahaja dalam hal ini malahan dalam segenap peringkat kita dapati ianya seolah olah telah menjadi 'norm' bagi kita menerima seada nya kelemahan penguatkuasaan.

Sebagai contoh apabila berlaku kemalangan ngeri maka ketika itu baru lah tampil beberapa pihak berwajib dengan usul, cadangan serta langkah langkah yang akan diambil namun ianya berlalu begitu sahaja. Ini hanya dibuat umpama melepaskan batuk ditangga sahaja dan beranggapan ianya akan berlalu ditelan masa dan masyarakat akan lupa serta teruskan kehidupan masing masing seperti sedia kala.

Ini lah kelemahan kita dimana sikap 'tidak apa' telah menjadikan kita mudah lupa. Benar sekali apa yang diungkapkan oleh mantan PM kita ia itu Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa 'Melayu mudah lupa'.