HFM

Cuba tanya pada diri anda soalan ini , ‘Apakah sikap memainkan peranan yang amat penting dan bermakna dalam kehidupan kita?’ Jawapannya adalah Ya, sikap memberikan impak terhadap apa jua yang anda lakukan. Ini merangkumi kehidupan mahupun di dalam dunia bisnis dan juga kehidupan peribadi anda. Sikap tergolong pada dua kategori sama ada ianya positif atau negatif dan kedua dua nya boleh berubah mengikut cara bagaimana anda berfikir, bertindak dan melakukan perubahan diri.

Demi untuk mencapai kejayaan adalah amat amat penting bagi anda menyemai sikap positif sebanyak mungkin. Ini merupakan antara faktor yang signifikan dalam menentukan kejayaan seseorang. Sepanjang penghayatan saya sering saya melihat dan mendapati bahawa pemimpin, ushawan dan eksekutif diperingkat tertinggi mencipta kejayaan seolah olah ianya mudah seumpama pemberian hadiah hasil dari penghayatan mereka berjuang untuk menjayakan bisnis mereka atau sekali pun mengecapi rasa hormat pada diri mereka dan juga kepercayaan dari kakitangan mereka. Tanpa diragui bahawa kejayaan yang diraih mereka adalah kerana mereka mengekalkan dan mempamerkan sikap yang positif sepanjang masa. Mereka ini mampu menukar keadaan yang negatif menjadi satu peluang bagi memanafaatkan mengikut hasrat masing masing.

SIKAP POSITIF TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK – “PIPIH TIDAK AKAN DATANG MELAYANG, BULAT TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK”

Usahawan yang berjaya tahu bagaimana menciptakan suasana untuk mengubah sikap kearah yang lebih positif dan memotivasikan diri mereka. Mereka tidak duduk diam dengan menunggu apa yang bakal berlaku, kerana setiap hari adalah hari baru bagi mereka. Oleh yang demikian tindakan mereka pada hari itu melalui tindak tanduk serta cara mereka berfikir ditentukan oleh sikap. Jadi dapat dilihat secara jelas bahawa hasil dari tindakan ini mereka meraih kejayaan dengan merasai kepuasan hasil dari perubahan sikap yang dimaksudkan ini. Ini lah rangkuman mengenai sikap. Sejajar dengan itu kita mesti fokus segala daya usaha kita kearah kejayaan dengan memiliki sikap yang betul, sikap yang penuh keyakinan dan pengesahan terhadap apa yang dipamerkan itu. Bagi mengubah keadaan dan berdepan dengan pergolakan sekarang kita mesti melihat kedalam diri kerana disitu lah terletaknya kekuatan kita. Kita tidak boleh bergantung kepada orang lain bagi memastikan bahawa ianya berkesan, atau bagi kita mencipta kejayaan. Ini semua terletak kepada diri kita sendiri. Kejayaan dan keberkesanan memerlukan tahap pengawalan diri yang jitu terhadap sikap kita dan ianya adalah kunci kepada apa yang kita inginkan.

JANGAN LARI DARI MASALAH

Memiliki sikap yang positif tidak sama dan tidak boleh ditakrif sebagai membuta tuli. Ianya tidaklah boleh ditakrifkan sebagai jalan keluar dari masalah dengan tidak mengendahkan apa jua pemasalahan dan cabaran. Kita perlu akur dengan realiti tetapi jangan lah biarkan ianya menguasai diri kita. Kita mesti bertindak dengan cara yang bersesuaian. Merujuk kepada peraturan 'Law of Attraction' ianya akan menjadi positif sekiranya kita melakukan sesuatu yang positif untuk mencapai kejayaan. Kita perlu menentukan apa sebenarnya yang perlu dilakukan demi untuk mencapai kejayaan. Ini bermaksud bahawa kita perlu menentukan nilai nilai kita sendiri sebagai sebuah bisnis dan sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang berjaya dan berkesan memiliki ciri ciri kebolehan yang unik bagi diterjemahkan sebagai nilai yang baik dan orang disekeliling mereka akan percaya dan berkeyakinan terhadap apa yang mereka utarakan.

JANGAN CUBA UNTUK MENJADI SEGALANYA KEPADA SEMUA ORANG

Dalam keadaan krisis ekonomi yang sedang kita hadapi kini, kita tidak mampu untuk melakukan semua nya bersendirian. Adalah amat penting bagi kita menumpukan terhadap beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh perusahaan/ bisnis kita. Ini bermakna memberi penumpuan terhadap amalan terbaik (best practice). Fikirkan bagaimana untuk kita menentukan kelebihan daya saing dan apakah nilainya maka disini lah kita memberi sepenuh tumpuan daya usaha dan perhatian pada beberapa perkara yang spesifik dan tidak melakukan sesuatu yang hanya umpama tin kosong dimana bunyi sahaja kuat pada perkara yang belum tentu memberikan apa jua bentuk pulangan. Ini ditakrif sebagai berada didalam keadaan tindak balas pengurusan yang panik (Panic Response Management).

Tumpukan kepada perkara yang betul yang akan memberikan lonjakan yang besar terhadap sikap positif dan sikap kakitangan kita. Dalam keadaan pergolakan ekonomi seperti ini ketakutan, kesamaran dan ketidak tentuan menyebabkan sukar untuk kita menumpukan pada perkara yang benar melainkan jika kita mengetahui apa yang benar. Bisnis kita dan digabungkan dengan nilai keperibadian berserta dengan kemahiran memimpin akan memberikan hala tuju dan keberanian bagi mengorak langkah kehadapan.

LETAKKAN CERMIN DIBILIK MESYUARAT

Bunyinya agak pelik, tetapi kunci utama ialah dengan meletakkan cermin bagi melihat diri kita sendiri ketika kita bercakap. Bercakap lah dengan wajah yang dilihat didalam cermin. Zig Zigler telah menyatakan beberapa kali adalah baik bagi kita bercakap kepada diri kita sendiri asalkan kita tidak mengatakan - Huh!! Pemimpin yang berkesan sering menggunakan kaedah ini bagi mengekalkan sikap positif mereka. Perkara yang kita ucapkan sendiri mempengaruhi sebahagian besar perasaan dan sikap kita. Jangan sesekali mengkritik diri sendiri atau mencemuh diri kita. Ini akan mewujudkan ruang pengaruh negatif terhadap tindak balas atau kelakuan kita. Lagi pun dalam dunia ini telah ramai orang yang sentiasa akan mengkritik kita atau para pemimpin.

ANDA TIDAK PERLU MEMPUNYAI JAWAPAN TERHADAP SEGALA PERSOALAN

Ingat, kita bukanlah manusia luar biasa ( super human). Kita tidak perlu memiliki segala jawapan. Apa yang perlu dan wajar dipamerkan ialah keyakinan diri yang tinggi bagi pasukan kita dan kakitangan kita. Meskipun dalam keadaan tertentu kita tidak mempunyai jawapan terhadap persoalan tersebut. Ini amat penting dalam mengharungi keadaan dimana suasana ekonomi yang sukar ini dan tahun 2009 adalah gelangang yang menguji kebolehan didalam arena ini. Pemimpin yang berjaya mengambil masa untuk mendengar, membayangkan dan menganalisa serta mencari beberapa alternatif apabila mereka tidak mempunyai jawapan. Dengan melibatkan pasukan pengurusan mereka dan kakitangan mereka ianya akan merungkaikan penyelesaian sekali pun pada perkara yang paling rumit. Mereka mencabar kakitangan mereka untuk bertindak melangkui batas pemikiran dan berfikir diluar kotak pemikiran. Pemimpin yang berjaya memberikan rangsangan dan ruang kepada kakitangan mereka menanganinya dan memberikan pengiktirafan sewajarnya jika perlu. Pengiktirafan yang diberi bermakna mereka beroleh hasil apa yang diinginkan serta diri mereka akan lebih dihormati. Mereka percaya dan yakin bahawa individu individu didalam organisasi mereka boleh melakukan perubahan dan hanya dengan cara ini mereka membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan.

MASA UNTUK PEMBERSIHAN

Pemimpin yang berjaya sentiasa hidup cergas dan mempamerkan kekuatan pengukuhan jati diri ---- "Kita boleh mengatasi pemasalahan ini atau marilah kita menumpukan pada punca sebenar (root cause) dan mencari penyelesaian tanpa wujud sebarang elemen belas kasihan .' Sikap positif begini dan pengukuhan ini mesti menjadi asas kepada pengurusan pasukan melalui model kepimpinan melalui tauladan. Namun akan ada segelintir yang akan mengatakan bahawa ‘ianya tak boleh dilaksanakan’ dan ‘ianya pasti tak akan menjadi’. Oleh yang demikian kita tidak mampu untuk menyimpan pengurus atau kakitangan yang bersikap demikian dalam pasukan kita. Inilah masanya untuk mengemas kini seperti mana peribahasa inggeris yang berbunyi 'weed the garden'. Bergaul lah dengan mereka yang menyokong kita dengan sikap yang positif dan pasukan yang bagus akan membantu kita mewujudkan plan kontigensi dan membantu kita mendepani cabaran dihadapan dengan mengenepikan segala unsur unsur yang tidak bermanafaat.

KESAN ‘PYGMALION’

Pernahkah anda mendengar kisah mengenai satu ungakapn terhadap ramalan kepuasan diri ('A Self Fulfilling Prophecy') Ini adalah apa yang dipanggil sebagai kesan ‘Pygmalion’. Ianya adalah seperti mana kita sering bercakap secara negatif mengenai apa jua keadaan dan cabarannya dimana akhirnya kita dipengaruhi oleh kepercayaan yang meruntun pemikiran. Mengelar sebahagian daripada kakitangan dengan gelaran yang negatif mungkin mampu menyedarkan sebahagian daripada mereka dan sebahagian pula akan memudaratkan keadaan. Dalam kehidupan kini kadangkala kita perlu bertindak sedemikian. Ini menjadi lebih kritikal dalam keadaan yang amat genting. Salah satu dari pemasalahan ini adalah apabila kita mula bercakap mengenai kegawatan dan apabila mereka mempercayainya secara tidak langsung ianya akan menjadi negatif termasuklah urusan bisnis serta mereka akan hanya melihat apa yang mereka percaya. Ini menjurus kepada kesan ‘Pygmalion’ tersebut. Apabila kita meyakinkan diri kita mengenai keadaan kegawatan, kita hanya akan melihat segala artikel, komen dan statistik yang memperkukuhkan apa yang sedang kita fikirkan.

Setiap hari kita melihat ramai dikalangan kita berada ditempat tempat seperti warong, ‘bar’ dan ‘lounges’ dan bercakap mengenai apa yang berlaku didunia kita sekarang ini. Mereka ini masing masing mengeluh mengenai ekonomi, persaingan, kerajaan, syarikat dan juga boss. Sering kali perbuatan seperti ini diterima pakai sebagai kaedah 'Happy Hour'. Malahan realiti sebenarnya ia lebih merupakan kepada perkumpulan atau perjumpaan belas kasihan (pity party). Pemimpin yang berjaya tidak melibatkan diri dalam perbuatan seumpama ini. Disamping mengambil kira segala masalah dan cabaran, mereka menumpukan kepada pencapaian dan apa yang perlu dilakukan dengan betul. .Garis pandulah kejayaan yang ingin dicipta dan berkongsi kejayaan tersebut dengan kakitangan kita. Ini termasuklah kejayaan yang sekecil kecilnya. Positif adalah perkara positif dan ianya melangkaui perkara negatif. Ini juga membantu mengukuhkan budaya positif yang begitu kritikal dalam mencapai kejayaan.

BIAR MEREKA TAHU BAHAWA ANDA PERCAYA

'Saya percaya dengan syarikat ini atau saya tidak akan berada disini. Saya percaya kita akan berjaya sekali pun keadaan ekonomi yang sukar ini atau saya tidak akan berada disini. Saya percaya dengan kebolehan untuk mengubah hala tuju syarikat. Dan saya akan memberitahu kepada anda jauh dari sudut hati yang saya percayakan anda. Jika tidak saya tidak akan berada disini. Saya berkeyakinan penuh dengan anda. Saya percayakan anda dan saya akan berada disisi anda bersama sama kita mengharungi perjuangan ini dan memenanginya. Kita akan berjaya dan meningkatkan penguasaan pemasaran sekali pun keadaan ekonomi tidak memberangsangkan. '

Ini merupakan sebahagian dari ungakapan ucapan seorang tokoh yang berjaya beberapa tahun yang lepas ketika mengalami keadaan kegawatan. Ungkapan beliau masih bermakna dan bernilai pada hari ini. Gunakan lah ungkapan ini sehari hari ketika anda berdepan dengan kakitangan anda cuma pesanan saya gunakan ia jika ianya benar benar datang dari hati nurani anda.
.