HFM
Bila membicarakan mengenai perpisahan sememangnya adalah sesuatu yang tidak menyenangkan mana mana pihak. Namun hakikatnya kadang kala dalam kehidupan kita perlu membuat keputusan yang mana belum lagi tau untung atau rugi dalam membuat satu ketetapan itu.

Ini lah yang berlaku pada diri saya sepanjang minggu lepas dimana saya berada dipersimpangan dilema sama ada untuk meneruskan atau mengambil pendekatan lain. Alhamdullilah akhirnya saya membuat satu ketetapan bahawa evolusi perlu diterokai demi untuk mengejar pencarian ilmu dan pengalaman.

Sesungguhnya ketika berada didalam keadaan persekitaran sekarang juga adalah satu cabaran dan jika ianya berhasil akan terserlah satu rasa kepuasan diri. Namun hakikat dalam keadaan yang meruncing ini perlu juga diambil kira beberapa faktor ia itu kesejahteraan keluarga, keperluan kehidupan atau tuntutan hidup dari sudut ekonomi maka atas sebab itu lah saya terpaksa meninggalkan persekitaran sedia ada ini.

Apa yang tidak diduga adalah beberapa pihak serta rakan taulan menyediakan satu jamuan bagi mengingati hari hari terakhir yang menyebabkan diri ini terasa begitu dekat dihati mereka semua. Perasaan sedih bercampur baur dengan kegirangan dan terpancar dimata mereka wajah wajah kesedihan dan harapan. Percaya lah rakan rakan semua bahawa saya akan tetap berada disana dalam bayangan dan akan terus membantu segala usaha yang diperlukan andai diminta tanpa sebarang sifat prejudis.

Pada saat akhir perpisahan apabila saya menemui setiap dari rakan rakan tidak diduga bahawa perasaan emosional sudah tidak dapat dibendung lagi dan boleh dikatakan setiap dari mereka memeluk dan memberikan kata kata semangat dan perangsang kepada saya. Sayu dan hiba dibuat nya dan percaya lah bahawa anda semua tetap akan berada dekat dihati saya dan jika memerlukan apa jua pertolongan hubungilah saya.