HFM
Pada tanggal 9hb June 2009 merupakan satu pengalaman baru bagi saya kerana saya diminta mewakili syarikat bagi satu sidang dan sessi penjelasan kepada Jawatankuasa Shariah JAKIM. Ianya berlangsung di Johor Bahru.

Pada pagi nya saya bersama rakan dari pejabat iaitu saudara Shamsul Bahri dan Saudara Mazlan meninggalkan ruang letak kereta menuju ke lokasi. Alhamdullilah perjalanan kami lancar dan kami tiba tepat pada masa nya iaitu jam 1.30 tgh. Selepas bertemu beberapa orang pegawai dari Jakim dan menjamu hidangan makan tengahhari maka pada jam 2.40 bermula lah sessi pembentangan.

Sekali pun saya telah lali dan biasa membuat pelbagai jenis pembentangan namun hari ini ada kelainan nya dimana ianya khusus menjurus kepada hal hal fakta dan bukti bukti saintifik mengenai produk syarikat yang saya wakili. Jemaah panel terdiri dari mereka mereka yang arif dan menjawat jawatan mufti dinegeri masing masing. Pengerusinya adalah Ybhg S/S Dato Hj Hassan Bin Hj Ahmad, Mufti Pulau Pinang, dibantu oleh Ybhg Dati Hj Hashim serta dua lagi mufti dari negeri selangor dan kedah. Disamping itu juga terdapat ramai sekali para Dato Prof, Prof, Prof Madya, Dr dan pegawai lain. Ini merupakan satu sessi pembentangan yang perlu dikendalikan secara tersusun dan mengikut segala formaliti yang ada.

Saya menjalankan tugas pembentangan dan memberikan perbandingan hujjah serta fakta yang telah dikaji selidik sebelum ini dan menerangkan mengenai produk ini yang amat berbeza dengan produk pesaing. Alhamdullilah diakhir sessi tiada banyak pertanyaan dikemukakan dan besar kemungkinan mereka memahami apa yang telah saya sampaikan.

Fuhhh..lega..alhamdullilah...dan kami meneruskan perjalanan balik ke KL dan tiba di pejabat pada jam 10.40 malam sebelum saya kembali ke rumah dan tiba pada jam 11.40. Ini satu perjalanan hidup dan dengan pengalaman ini mengerti lah saya bahawa untuk menyempurnakan sesuatu fatwa itu mengambil banyak pendekatan dan perlu kaji selidik sebelum ianya diumumkan kepada masyarakat kita. Pengajaran dari sessi ini adalah kita sebagai insan yang mungkin tidak arif dan benar benar memahami perkara bersangkutan keagamaan jangan lah terlalu cepat meletakkan sesuatu hukum itu melainkan yang jelas dinyatakan didalam kitab alquran tetapi dalam perkara lain am nya hendak lah kita fahami dan mengambil pendekatan seperti yang dilakukan ini. Apabila ianya telah jelas maka baru lah sesuatu hukum itu dimaklumkan. Ini lah pemahaman dan pembelajaran yang saya perolehi walaupun ianya hanya mangembil masa yang singkat tetapi initpatinya adalah jauh dari itu. Ini lah kebesaran allah dalam mendorong kita kearah pembelajaran sama ada sedar atau tidak ianya pasti berlaku.
0 Responses

Post a Comment