HFM
Telah beberapa hari saya tidak memuatkan sebarang artikel atau catatan didalam blog saya ini dan hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu aspek yang cukup penting didalam kehidupan seharian kita iaitu kepimpinan atau pemimpin.

Apa yang bakal saya catatkan ini adalah bagaimana kita akan membicarakan mengenai orang yang paling penting untuk dipimpin dan tidak lain dan tidak bukan adalah diri kita sendiri. Orang yang paling penting untuk dipimpin adalah kita atau anda sendiri.

"Macam mana pulak dan bagaimana caranya untuk berbuat demikian?" ini antara ungkapan yang sering ditanya entah beberapa kali malahan beribu kali.

"Macam mana nak memimpin diri sendiri pulak ?"

Mengikut pemahaman kita untuk memimpin mestilah ada orang yang hendak dipimpin dan kenapa pulak diri kita. Biar saya jelaskan bahawa kaedah paling mudah untuk difahami adalah begini…..kepimpinan adalah mengenai keupayaan dan kebolehan untuk menarik pengikut atau orang yang akan mematuhi arahan dan kehendak kita seolah olah seperti mewujudkan satu gerombolan atau kumpulan. Orang yang mampu berbuat demikian adalah seseorang yang memiliki kebolehan dan pengaruh yang cukup kuat.

Dalam catatan sebuah buku berjudul “Tribe” yang ditulis oleh Seth Godin beliau memberikan penjelasan yang mudah dan ringkas mengenai pengasas kumpulan dan kepimpinan. Mungkin setelah anda membacanya ianya akan memberikan dan anda mungkin memahami konsep yang dikatakan oleh penulis.

Ingat, anda adalah pemimpin serta pengikut, jadi dalam ertikata itu persoalan yang sering bermain dipemikiran kita adalah siapa yang akan memimpin anda? Jawapan nya mudah sahaja dan bukan lah suatu kejutan dimana kita tidak memerlukan pemimpin lain untuk memimpin kita tetapi ianya adalah diri kita sendiri dan ianya adalah visi kita. Sekiranya visi kita besar maka ia akan melonjakkan keinginan kita dan memotivasikan diri kita kearah hasrat yang diimpikan. Seperti kata kata yang sering diucapkan dalam bahasa Inggeris “ You will do whatever it takes to Succeed”.

Apabila anda mempunyai visi atau matlamat kehidupan, satu perkara penting yang perlu anda fahami adalah ianya hendaklah jelas. Visi yang boleh dikatakan pasti dan bilamana ianya telah jelas maka anda akan faham dan tahu bahawa untuk mencapainya anda perlu mengorbankan masa dan tenaga dan memenuhi tuntutan kehidupan ini dengan rasa penuh semangat serta dedikasi bagi mencapai misi tersebut. Ini adalah satu langkah untuk membolehkan visi kehidupan anda menjadi realiti.

Oleh yang demikian……"Lead for yourself first, and when you're really ready, others will follow." Maksudnya pimpinlah diri anda dahulu dan bila semua nya telah bersedia maka orang lain akan mengikut. Bagi menjayakan perkara perkara tersebut maka anda hendaklah melakukan apa jua yang anda sendiri jangkakan bahawa jika anda ada pengikut mereka juga inginkan perkara tersebut.

Secara ringkasnya adalah “Kepimpinan melalui tauladan”. Mudah bukan?
Jika direnung ungkapan diatas ini ianya adalah sesuatu “affirmation” yang cukup kuat dan berkesan andai kita memulakan proses kearah tersebut. Anda bukan sahaja menjadi model atau contoh malahan anda perlu memastikan hasrat tersebut berlaku ( Make something happen.)

Oleh yang demikian jadi lah orang yang anda inginkan didalam organisasi anda, dalam kumpulan anda, dalam perniagaan anda dan jua kehidupan anda. Bertindaklah setiap hari seolah olah anda adalah orang yang anda bayangkan itu dan lama kelamaan ianya akan berhasil. Salah satu pra syarat juga adalah anda perlu konsisten dan biarkan lah masa menentukan kerana ini janji allah kepada kita semua bahawa sesuatu yang diinginkan jika ianya tidak diperolehi sekarang maka ada hikmah yang tersembunyi untuk kita. Allah maha mengetahui dan mengasihani. Jangan terlalu cepat bertindak mengikut nafsu amarah pada perkara perkara kecil. Anda juga hendaklah fokus atau menumpukan kepada sasaran matlamat anda dan begitu juga kepada kumpulan yang anda pimpin. Dalam kaedah motivasi diri sering diucapkan perkataan “Jangan berputus asa” ( Never give up)

Sekiranya anda telah ada atau anda telah pun memimpin satu kumpulan itu maka ciri yang harus dan perlu ada pada anda adalah anda kesetiaan, anda juga mestilah mempunyai integriti diri yang tinggi dan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk para pimpinan anda.
Jika anda berperasaan bahawa dengan pengiktirafan diri anda sebagai pemimpin maka anda boleh bertindak seolah olah ingin juga menjaga kepentingan diri maka anda salah sama sekali. Pengikut yang mengikuti pemimpin sedemikian pada kebiasaan nya akan mengalami keadaan yang amat merugikan dimana mereka hilang kepercayaan dan rasa hormat terhadap pemimpin begitu.

Maka jadilah diri anda sebagai seorang pemimpin yang jujur, bersifat rendah diri dan tidak mementingkan diri sendiri. Jika ini diamalkan insyallah kemana jua anda berada anda akan sentiasa diingati dan dihormati.

Kita pernah menonton cerita bertajuk “Braveheart” bukan?

Didalam cerita tersebut William Wallace mengekalkan kedudukan beliau sebagai pemimpin dan pengikut pengikut nya yang setia bersedia untuk turut terkorban demi untuk menegakkan apa yang mereka perjuangkan.

Tetapi orang yang pertama yang dipimpin adalah dirinya sendiri. Ini lah contoh mengenai kepimpinan melalui tauladan.

Apa kurang nya kita dengan contoh contoh begini dimana junjungan besar kita ia itu Nabi Muhammad saw begitu hebat sebagai pemimpin dan kita sendiri ketahui bahawa kehidupan baginda begitu sedarhana, luhur, jujur dan sentiasa bersifat rendah diri dan tawaduk dan sentiasa yakin bahawa apa jua adalah dibawah pengawasan Allah swt.

Dimana silapnya kita sehingga kita tidak mengambil contoh contoh junjungan besar kita dalam mengaplikasikan didalam kehidupan kita seharian dalam mencapai matlamat hidup? Setiap tahun kita menyambut “Maulidur Rasul” dan sering mendengar sirah junjungan besar nabi kita tetapi itu hanya dijadikan sebagai acara tahunan sebagai memenuhi tuntutan kehidupan masyarakat semata mata.

Dengan ini siapakah yang akan memimpin diri kita ini? Nama nya tak lain tak bukan adalah diri kita sendiri. Contoh jika nama kita Ahmad maka Ahmad lah yang akan memimpin.

Bangun lah !!! ubah lah keadaan kita semua dan keupayaan untuk mempengaruhi kehidupan kita adalah melalui kuasa yang ada pada tangan atau dalam diri kita. (Power of YOU).

Tingkatkan lah keyakinan dan kekuatan diri kita serta yakin lah bahawa dengan izin allah apa jua yang dihasratkan akan terlaksana. Yakin lah akan kebolehan kita serta keupayaan kita kerana minda kita itu satu anugerah yang cukup istimewa dan hanya kita yang tidak menggunakan sebaik mungkin.

Bersaing dengan diri sendiri adalah satu cabaran yang paling besar dan sering kali dikatakan amat sukar. Oleh itu bagi meraih kejayaan ketingkat yang anda inginkan memerlukan diri anda yang baru….baru dari segi cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya. Kita selalu dengar dan kadang kadang melaungkan slogan “Malaysia Boeh”……dan hari ini kenapa tidak jika kita laungkan juga bahawa “Aku boleh”.

Bunyinya mudah bukan? Sememangnya mudah, katakan pada diri anda bahawa ianya akan berlaku, pilih lah kerana membuat pilihan itu kuasanya terletak ditangan anda atau didalam diri anda. Anda yang menentukan. ( You make the choice.)

Jadi lah pemimpin yang selama ini anda tercari cari. Anda ada segalanya untuk berjaya . Tambahan dalam keadaan kegawatan ekonomi ini ramai yang resah dan mencari cari identiti diri maka ini lah masa nya untuk menilai semula dan bangkit dari keadaan yang dialami kini. Ayuh !!! maju lah kehadapan dan pimpin lah diri kita, keluarga kita, sanak saudara kita, rakan sekerja dan keseluruhan nya kearah mencapai kecemerlangan hidup didunia dan juga akhirat.
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment