HFM
Ini sesuatu yang dahulu kerap dipraktik oleh masyarakat dikampung apabila tiba masa untuk mengadakan majlis walimatulurus. Namun oleh kerana ianya adalah satu budaya yang baik maka kini ianya masih diteruskan sekali pun kita semua telah pun menetap di bandar bandar besar.

Hari ini saya diminta mempengerusikan majlis tersebut bagi tujuan mengadakan majlis kenduri pada tanggal 7hb Jun 2009, dirumah Ym Raja Shuib di Taman Klang Perdana. Seperti biasa lah masyarakat di Taman Klang Perdana ini sudah pun memahami dan kerjasama yang dijalin amat membanggakan dimana semua pihak komited dalam membantu pihak tuan rumah menjayakan majlis beliau.

Saya pula seperti biasa akan bertugas dan menerajui dibahagian dapur. Ini adalah kerana kegemaran saya adalah.......makan...he he he..Sebenarnya saya diminta untuk memasak nasi minyak buat para jemputan dan tetamu. Hidangan ini dimasak menggunakan cara lama ia itu dengan menggunakan kayu api. Sudah tentu haruman masakan itu menjadi lain jika dibandingkan kita menggunakan gas.

Ketua ketua bira dilantik melalui cara pemilihan dan sokongan padu dari ahli masyarakat. Ini lahantara budaya budaya lama yang masih dan tetap diguna pakai kerana ianya benar benar memberi manafaat serta merapatkan hubungan silaturahim antara kita penghuni taman taman perumahan.

Harapan saya agar budaya ini akan terus berkekalan dengan kesinambungan dari mereka mereka yang bakal mewarisi apa yang telah dijalin oleh kita sekarang.

Sekian wasalam....
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment