HFM
“Kakitangan tidak akan menghormati anda sehingga anda menghormati mereka. “
“'Kakitangan tidak akan mempercayai anda sehingga anda mempercayai atau memberikan kepercayaan kepada mereka.”

“Repect must be gained/ earned and not forced onto the people whom you associated with”

Itu merupakan antara ungkapan yang sering kita dengar namun sejauh mana kita mengaplikasikan atau menjadikan ia sebagai teras dan wadah diri adalah satu persoalan yang hanya kita memiliki jawapannya.

Seorang pemimpin yang berkesan seharusnya mesti berkebolehan untuk berinteraksi dengan kakitangan nya, rakan sekerja, pegawai atasan nya termasuk lah individu sama ada didalam mahupun diluar organisasi. Pemimpin mesti mendapat sokongan ramai bagi menepati dan melepasi objektif yang telah dikenal pasti. Ini bermakna mereka mesti dan wajar memiliki asas pemahaman yang unik mengenai perhubungan dengan orang ramai. Mereka juga mesti memiliki sifat sentiasa bersedia untuk memberikan tunjuk ajar serta kemahiran seperti seorang jurulatih/ mentor yang bakal menjadi pendorong kearah kecemerlangan organisasi tersebut.

Sesungguhnya untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan amat memerlukan pemahaman prinsip asas tingkah laku atau tabiat setiap dari kalangan orang disekitar mereka. Sekiranya ini boleh anda lakukan maka kejayaan pasti diraih dengan jayanya. Dipaparan ini disertakan beberapa tips atau kaedah dimana ianya bertujuan untuk menghindarkan anda dari melakukan perkara perkara tersebut yang bukan hanya menyebabkan anda akan hilang kepercayaan malahan juga rasa hormat terhadap diri anda.


1. Membuat janji dimana anda sendiri tak pasti
Kesannya terhakis lah atau hilang rasa hormat terhadap kewibawaan/ kredibiliti diri anda.

Perkara ini harus diambil serius oleh semua pihak terutama jika anda seorang pemimpin. Membuat janji ini adalah satu komitmen dimana ianya dibuat berdasarkan pemahaman bahawa jika keadaan berada didalam suasana yang tidak baik maka ianya menjadi satu perkara yang sukar atau mustahil untuk dikotakan. Pastikan keadaan itu benar benar jelas ketika janji tersebut dibuat.

Apabila anda gagal mengotakan janji tersebut maka anda akan hilang segala kepercayaan dan rasa hormat pada diri anda dikaca mata kakitangan dan orang ramai. Mereka juga bakal menyoal akan soal soal integriti diri anda sendiri. Seorang pemimpin mesti memiliki ciri ciri yang jelas dan ketara bagi mendapat atau meraih kepercayaan kakitangan.

Jangan sewenang wenangnya membuat janji yang mana anda belum tentu dapat melaksanakan nya atau menunaikan janji tersebut. Adalah lebih baik jika anda berdepan dan menyatakan secara empat mata dengan kakitangan anda dan menyatakan sebab musabab kenapa anda tidak dapat melaksanakan atau gagal mengotakan janji. Bertindak jujur lah dalam keadaan begini.

2. Sebahagian dari kakitangan akan mengeluh/ mengomel/ merungut/protes dan membantah

Ini tidak bermakna bahawa anda wajar mengenepikan atau tidak menghiraukan segala keluhan tersebut. Bagi kakitangan kebiasaan nya rungutan dan keluhan ini amat signifikan dan ianya amat tidak wajar jika kita mengenepikannya dan menggangap perkara seperti ini hanyalah perkara yang remeh temeh. Ianya masih sebagai satu masalah sekali pun isu atau perkara atau komplen itu tidak ditangani atau dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang usaha dalam mencari penyelesaiannya. Kadang kala perkara seperti ini akan berkembang dengan lebih pesat dan memburukkan keadaan dalam sekelip mata.

Seorang pemimpin yang benar benar berkesan akan menangani isu isu atau perkara ini tanpa rasa gentar atau takut sekali pun untuk memberitahu kakitangan perkara yang sebenarnya sekali pun pada perkara perkara yang remeh temeh.

Sekali pun apa yang disampaikan pada pendengaran kakitangan bukan lah satu jawapan yang dicari namun sebagai pemimpin ia menjadi pemangkin dan tidak akan luntur rasa hormat diri dia dikaca mata kakitangan dan bayangkan jika dia bertindak sebaliknya iaitu tidak menghiraukan keluhan keluhan tersebut. Sudah tentu cara pemimpin itu menaganangi dan menyampaikan juga mempunyai peranan penting dan ini harus dilakukan tanpa ada unsur unsur memperkecil kecilkan atau sebarang bentuk penganaiyaan.

3. Seorang pemimpin mesti mempamerkan dan bertindak secara konsisten, keseragaman dan berlaku adil dalam mengendalikan setiap perkara dengan bijak.

Adakah anda mempelbagaikan pendekatan anda dengan kakitangan, contohnya kadangkala terlalu berlembut dan terlalu keras dengan sebahagiannya. Tindakan begini merupakan satu garis halus pemisah diantara kaedah bagaimana kita melayan kerenah kakitangan dan memastikan setiap dari mereka mendapat layanan yang sama. Kakitangan adalah individu yang datang dari pelbagai latar belakang, nilai yang berbeza, berlainan matlamat, idea yang berbeza dan faktor motivasi diri yang juga berbeza. Kebolehan dalam mengenal pasti perbezaan tersebut dan kebolehan melaksanakan pendekatan yang sesuai adalah kunci kepada kaedah dan cara kepimpinan yang berkesan.

Oleh yang demikian adalah amat penting seorang pemimpin tidak mempamerkan sebarang pilih kasih atau memberikan sebarang layanan yang berbeza diantara kakitangan kita. Akibat dari ketidak seragaman seperti ini akan menghancurkan semangat bekerja sebagai satu pasukan dan juga kepercayaan. Jangan sesekali memberikan keistimewaan atau layanan yang berbeza melainkan dalam keadaan yang benar benar memerlukan dan setiap dari kalangan kita memahaminya.

4. Menjadi terlalu akrab kepada kakitangan kita. (kawan baik)
Ianya bukan lah idea yang baik dan seharusnya menjadi satu bentuk

PANTANG LARANG jika mahu benar benar berjaya.

Ini tidak lah bermaksud bahawa anda akan bertindak kejam tanpa ada sebarang perasaan langsung. Kepimpinan adalah mengenai pembinaan perhubungan akan tetapi perkara yang sering menjadi perhatian adalah jika anda mempunyai hubungan yang akrab atau kawan baik dengan segelintir kakitangan hinggakan anda terpaksa berkompromi dalam banyak keadaan membuat keputusan. Keadaan ini juga menjadikan diri anda sukar untuk mengarah dan mengawal sesuatu bila diperlukan. Sikap menyendiri juga akan mengugat ciri ciri kepimpinan yang berkesan. Anda boleh menjadi mesra/ ramah tanpa kehilangan authoriti/ kuasa atau menjejaskan kedudukan anda. Seorang pemimpin mesti mempamerkan keupayaan dan visi serta pada masa yang sama menunjukkan ketulusan dan peka mengenai kesejahteraan kakitangan nya. Sesiapa jua bilamana antara fungsi utama tugasnya adalah mempengaruhi orang orang dibawah seliaan mereka, maka perlulah mengekalkan perhubungan yang ramah mesra tanpa menjejaskan kedudukan dan authoriti mereka dengan setiap dari kumpulan tersebut.

5. Boleh bekerjasama dan berkongsi maklumat – "K-sharing"

Seorang pemimpin mesti berkebolehan untuk berkongsi idea dan tidak akan merasa terancam dengan andaian bahawa sekiranya modal intelek dikongsi maka akan hilang lah kredibiliti diri. Ini merupakan satu anggapan atau persepsi yang salah dan hanya diguna pakai pada masa lampau sahaja. Perlu difahami bahawa kaedah perkongsian ini amat lah penting bagi mempromosikan semangat sepasukan/ kekitaan (sense of belonging) dan juga mempromosikan keyakinan yang jitu melalui perkongsian maklumat. Berkongsi pemikiran, pengalaman, pengetahuan bersama sama dan secara tidak langsung perbuatan ini adalah berbentuk melatih (coaching and mentoring ) apa tah lagi jika dipamerkan kesungguhan dan keyakinan serta rasa hormat diri. Ini sebenarnya membudayakan semangat dipunyai dan mempunyai (Espirit D’Corp)

Dalam melaksana ini amat perlu ditekankan sikap dan semangat tolong menolong dan bukan untuk mengecilkan atau mengembil alih tugas yang ketika itu dipikul oleh seseorang ketua/ kakitangan. Membudaya ini sebagai salah satu budaya organisasi amat memerlukan kepada toleransi yang tinggi dan semua pihak perlu memahaminya dengan mendalam.

Adalah amat amat penting bagi kita untuk tidak mengenepikan atau membelakangkan Pengurus, pegawai atau kakitangan yang menjalankan tugas tersebut kerana jika ini berlaku maka ianya akan mewujudkan sentimen rasa kurang senang dan boleh memecah belah struktur organisasi sehingga wujudnya puak puak tertentu dan cakap cakap belakang yang tidak sihat.

6. Menolak permohonan kakitangan/ Menyatakan Tidak

Segelintir pemimpin amat sukar dan amat payah sekali untuk menyatakan tidak atau tidak mau untuk menyampaikan sesuatu yang tidak baik. Mereka hanya mahu dikenali dalam perkara perkara yang baik sahaja. Sikap begini haruslha dikikis. Pemimpin perlu dan mesti boleh menyatakan tidak tanpa mengeruhkan suasana/ keadaan dengan tidak menyinggung perasaan. Keupayaan untuk menyatakan tidak tanpa sebarang ketegangan adalah amat penting. Kunci kepada menyempurnakan objektif tersebut adalah dengan mengenal pasti setiap permohonan dengan penuh kejujuran dan kemudian menerangkan secara teperinci kenapa ianya tidak dapat dilaksanakan.

Dengan sifat kejujuran ini ianya mempamerkan keperihatinan dan secara umumnya akan menyebabkan rasa bersalah dikalangan kakitangan terhadap apa yang diujarkan.
Adakala nya sesetengah dari pemimpin menggunakan isu isu seperti mengungkit sebagai kaedah penolakan dan ini juga dianggap akan mencemarkan kewibawaan pemimpin tersebut. Segelintir kakitangan mungkin tidak mampu atau mahu berhujah dan apa yang mereka lakukan hanya berdiam diri sahaja dan ini amat merbahaya ibarat api dalam sekam.

Kita semua memiliki sifat sifat ego masing masing namun pemimpin yang berkesan mengawal keegoan mereka dan memahami serta tahu bagaimana untuk menggunakan pada masa dan ketika yang bersesuaian lebih lebih lagi bila memahami bahawa mereka memberikan inspirasi bagi orang orang dibawah mereka mencapai kemuncak prestasi masing masing. Mereka akan lebih yakin serta mempunyai nilai harga diri yang cukup tinggi tanpa perlu mempamerkan sifat sifat keangkuhan.

Kepimpinan tidak boleh mempamerkan sifat sifat ego akan tetapi kepimpinan yang baik atau pemimpin yang baik menyerlahkan kehadiran mereka sekali pun mereka berjalan masuk kemana mana ruang atau kawasan. Mereka bukan sahaja mempunyai belas ikhsan malahan mempunyai nafsu besar untuk mencapai kejayaan dan akan melakukan apa saja untuk memacu, melatih dan menjadi mentor untuk pasukan mereka. Mereka ini memiliki kebolehan yang unik untuk berkomunikasi dan mempamerkan ciri ciri yang luar biasa terhadap kebolehan mendengar.

Ingatlah bahawa setiap dari kamu adalah pemimpin dalam kelompok masing masing dan setiap pemimpin akan dipersoalkan akan tanggung jawab serta amanah beliau diakhir nanti. Oleh itu dalam mengejar kesempurnaan hidup duniawi maka kita yang beragama islam juga tidak harus mengenepikan tuntutan agama dalam mengimbangi kehidupan dunia untuk akhirat. Amin.
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment