HFM
Sejak akhir akhir ini kita sering mendengar dan membaca didada akhbar maupun dalam media elektronik akan kesan kegawatan ekonomi. Malahan ada diantara paparan itu melibatkan berlakunya ketidak adilan dalam perlaksanaan sehingga warga tempatan dianak tirikan. Sebagai contoh dengan apa yang berlaku di Utara semenanjung dimana kalangan warga tempatan diberhentikan dan digantikan dengan tenaga kerja asing. Perbuatan majikan seumpama ini jelas menunjukkan ketidak perihatinan dan ingkar terhadap arahan dari pihak berwajib dimana hak hak dan keutamaan rakyat diketepikan.

Dimana silapnya? Mungkin dalam renungan terhadap perkara ini besar kemungkinan terdapat kelonggaran dalam pemantauan dan tindakan. Ruang yang ada memudahkan ianya dimanipulasi oleh pihak pihak tersebut. Bukan sahaja dalam hal ini malahan dalam segenap peringkat kita dapati ianya seolah olah telah menjadi 'norm' bagi kita menerima seada nya kelemahan penguatkuasaan.

Sebagai contoh apabila berlaku kemalangan ngeri maka ketika itu baru lah tampil beberapa pihak berwajib dengan usul, cadangan serta langkah langkah yang akan diambil namun ianya berlalu begitu sahaja. Ini hanya dibuat umpama melepaskan batuk ditangga sahaja dan beranggapan ianya akan berlalu ditelan masa dan masyarakat akan lupa serta teruskan kehidupan masing masing seperti sedia kala.

Ini lah kelemahan kita dimana sikap 'tidak apa' telah menjadikan kita mudah lupa. Benar sekali apa yang diungkapkan oleh mantan PM kita ia itu Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa 'Melayu mudah lupa'.
0 Responses

Post a Comment