HFM
Selamat menyambutHari Guru kepada semua guru guru sekali pun besar kemungkinan guru guru yang telah mendidik saya sudah bersara atau ada yang dah kembali kerahmatullah. Sesungguhnya budi dan jasa para guru dahulu dan kini sama penting kerana dengan usaha mereka lah saya menjadi apa yang saya sandang kini. Budi dan jasa mereka tidak ternilai dan tak setimpal dengan apa jua balasan terhadap pengorbanan dalam mendidik kita menjadi manusia berguna.

Cabaran yang paling besar dan getir sekarang memerlukan kadar tolerensi dan kesabaran yang cukup cukup tinggi pada semua warga pendidik. Saban tahun saya juga menyambut acara sambutan hari guru ini kerana saya melibatkan diri dalam PIBG dimana anak anak saya bersekolah. Saya dapat lihat kegembiraan diwajah mereka dan juga kadang kadang tersirat kekecewaan kerana tanggapan dan tohmahan segelintir ibu bapa yang sering kali menjadikan mereka ini sebagai asas menuding dan mencari kesalahan. Amat memalukan kerana ada dikalangan mereka ini iaitu ibu bapa ini kononnya dari kalangan professional, orang yang konon nya berakhlak dari segi pakaian (berserban, berjubah) tapi perangai tutur kata tidak mencerminkan apa yang dipamerkan. Sungguh malang dan kadang kadang malu kita dibuatnya.

Apa nak jadi dengan dunia kita sekarang? Namun apa yang saya ingin kongsi ini adalah berdasarkan pemerhatian dan sepanjang penglibatan saya dengan pihak pentadbir sekolah dan para ibu bapa fahami lah dan bantu lah serta jangan hanya meletakkan beban tanggungjawab kepada pihak sekolah semata mata. Bayangkan jika anak kita berjaya ada ibu bapa langsung tidak mengiktiraf usaha murni para guru dan seolah anak mereka berjaya kerana mereka mengeluarkan wang untuk tuisyen dan sebagainya. Ini lah kalangan yang diumpamakan kacang lupakan kulit.

Pesanan saya kepada para guru dan bakal guru teruskan lah usaha anda ini kerana segala usaha kearah pembinaan generasi pewaris negara ini wajib dilaksanakan dengan penuh jujur, amanah dan bertanggungjawab. Kepada graduan yang kini sedang memohon untuk menyertai KPLI saya mengharapkan jangan lah beranggapan bahawa kerjaya ini sebagai jalan mudah untuk anda keluar dari kemelut sukar mendapat pekerjaan malahan anda perlu menjadikan ini sebagai kerjaya pembinaan sahsiah bangsa Malaysia bagi masa hadapan.

Sekali lagi tahniah dan selamat menyambut Hari Guru.
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment